Wednesday, July 29, 2009

Pengurusan Jangkitan Influenza A (H1N1) Memasuki Fasa Mitigasi (Peredaan)



Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan
memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan
diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit
ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan
perkhidmatan utama.

Golongan berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1):

1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
3. Kanak-kanak dan remaja (<18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk
jangkamasa yang panjang
4. Wanita mengandung
5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif,
kegagalan organ, penyakit kardiovaskular, hepatik, heamatologikal, neurologik,
neuromuskular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
6. Dewasa dan kanak-kanak yang mengalami daya ketahanan yang rendah
(immunosuppression)
7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan lain


Kaedah menangani jangkitan:

1. Tenangkan diri dan jangan panik
2. Jaga kebersihan diri, kurangkan hubungan sosial yang tidak perlu
3. Pergi ke Pusat Kesihatan terdekat jika mempunyai simtom berikut:

i. Gangguan pernafasan: susah bernafas, kelihatan nafas laju @ kebiruan @ ungu di bibir mulut
ii. Batuk berdarah @ kahak bercampur darah
iii. Sakit dada
iv. Cirit-birit dan / @ muntah
v. Demam lebih 3 Hari @ berulang selepas 3 Hari
vi. Berkelakuan ganjil, dalam keadaan keliru, sawan
vii. Pening kepala apabila sedang berdiri dan / @ kurang kencing


4. Sekiranya anda sakit/demam, anda dinasihatkan tidak bergaul dengan orang lain dan
ikut nasihat doktor.

Untuk maklumat lanjut layari Influenza A

No comments: